Friday, 25 April 2014
Bimbang Tak Mampu Tolak Permintaan Obama
SHAH ALAM – Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM) melahirkan kebimbangan Malaysia tidak mampu menolak permintaan Amerika Syarikat (AS) berhubung perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dengan kedatangan Presidennya, Barack Obama, esok.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nizam Mahshar berkata, meskipun kedatangan Obama itu dalam rangka mengeratkan hubungan antara AS dengan Asia, namun tidak boleh menolak bahawa lawatannya itu juga berkaitan dengan TPP yang masih belum dipersetujui Malaysia, setakat ini.
“Obama cuba nak mengeratkan hubungan antara AS dengan Asia. Cuma ini strategi pengukuhan perdagangan AS dengan rantau Asia dan juga berkaitan dari segi persaingan dengan blok ekonomi China.
“Tujuan kedatangannya juga untuk TPP. Melihat isu-isu yang belum selesai di negara-negara berkenaan TPP. Macam Jepun ada isu harta intelek, pertanian dan sebagainya. Malaysia sendiri mempunyai beberapa isu berkenaan TPP,” katanya kepada Sinar Harian Online.
#Isu Air : Air Mentah Bekas Lombong Selamat Digunakan
KLANG - Menteri Besar Selangor menepis dakwaan yang mengatakan langkah kerajaan negeri menggunakan air mentah dari bekas lombong untuk menampung keperluan air di Lembah Klang boleh menimbulkan masalah kesihatan kerana terdapat kandungan logam berat di dalamnya.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kandungan air dari bekas lombong selamat digunakan berdasarkan kaedah pensampelan yang dibuat oleh Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan.
"Kita ada pakar lain yang mengatakan air dari bekas lombong selamat digunakan dan ujian yang dijalankan oleh ahli kimia turut mendapati perkara sama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program khas bersama rakyat di sini hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)