SHAKLEE - FAQ



PERTANYAAN LAZIM





Q : Adakah produk Shaklee selamat untuk digunakan?
A : YA, produk keluaran Shaklee adalah selamat untuk digunakan. Setiap satu produk keluaran Shaklee telah melalui suatu prosedur yang sangat ketat daripada segi R & D dan penghasilannya.
Produk Shaklee telah menerima pengesahan ‘Selamat Untuk Digunakan’ oleh US Food and Drugs Association (USFDA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Shaklee juga mempunyai sijil Halal bagi kesemua produk-produknya.


Q : Adakah produk Shaklee boleh digunakan sebagai pengganti kepada ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh pihak hospital?
A : Adalah disarankan supaya pengguna atau pesakit meneruskan pengambilan ubat-ubatan yang telah dipreskripsikan oleh pihak doktor. Pada masa yang sama anda juga boleh mengambil produk suplemen keluaran Shaklee. Setakat ini tiada aduan atau rungutan yang diterima daripada pihak pengguna yang mengambil ubat-ubatan bersama produk suplemen Shaklee.  Ini adalah kerana produk Shaklee BUKAN merupakan pengganti kepada ubat-ubatan.


Q : Sekiranya saya berminat untuk membeli produk ini, apakah yang harus saya lakukan?
A : Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh membuat tempahan di laman ini - http://sanasinishaklee.blogspot.com/p/blog-page_5.html Sila ikuti langkah-langkah pembelian.
Anda juga boleh menghantar mesej pertanyaan dahulu sebelum melakukan pembelian bagi mengenalpasti produk yang anda perlukan, manfaat yang diperolehi dan harganya.
Penghantaran produk pembelian anda akan kami lakukan melalui khidmat Pos Malaysia atau syarikat penghantaran kurier swasta.


Q : Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya berminat untuk memulakan perniagaan dengan menjadi pengedar Shaklee?
A : Sekiranya anda berminat untuk menyertai perniagaan berprestasi tinggi ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghantar emel kepada saya, aimanshaklee@gmail.com dan sertakan butiran diri anda seperti berikut:

NAMA PENUH:
NO. K/P:
ALAMAT KEDIAMAN:
NO.TELEFON:
ALAMAT EMEL:
NO. AKAUN DAN NAMA BANK :

1. Bagi permohonan untuk menjadi pengedar, yuran RM 65.00 seumur hidup akan dikenakan. Dengan amaun tersebut, anda akan menerima satu Kit Permulaan Pengedar yang di dalamnya terkandung Pengenalan Produk, Senarai Harga, Pelan Pemasaran dan beberapa item lain.

Tambahan RM 10.00 akan dikenakan sekiranya anda memilih untuk menerima Kit Permulaan Pengedar anda melalui perkhidmatan kurier bagi Semenanjung Malaysia dan RM 20.00 akan dikenakan bagi Negeri Sabah dan Sarawak.

2. Sekiranya anda membuat pembelian pada jumlah melebihi RM 650.00, anda layak untuk menerima keahlian secara PERCUMA dan terus menjadi pengedar Shaklee.

3. No. Akaun Bank akan diberikan atas permintaan. 

4. Setelah pendaftaran dan pengesahan diterima, anda akan menerima emel yang di dalamnya terkandung No. ID Shaklee anda, tips-tips pemasaran dan pengenalan asas kepada produk-produk Shaklee.

5. Untuk mengikuti kursus atau latihan berkaitan Pengenalan Produk, Pelan Pemasaran dan kursus-kursus lain, anda boleh menghubungi pejabat cawangan Shaklee yang berhampiran dengan anda. Klik di sini untuk mengetahui lokasi pejabat cawangan Shaklee berhampiran : http://www.shaklee.com.my/bm/branch.asp

6. Selepas menjadi ahli, anda TIDAK perlu MAINTAIN kan point anda. 

7. Jika anda tidak membeli atau membuat sebarang transaksi, keahlian anda TETAP  WUJUD dan TIDAK AKAN LUPUT. 


 Pihak kami juga akan memaklumkan anda berkaitan jadual latihan yang akan dianjurkan oleh pejabat cawangan Shaklee atau Upline anda melalui emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

No comments:

Post a Comment