Petua ini bukanlah untuk menggantikan perubatan moden, tetapi anda boleh jadikannya petua sampingan jika anda juga disahkan menghidap penyakit ini. Untuk pengetahuan semua juga, penyakit demam denggi ini belum mempunyai vaksin dan setakat ini cara rawatan yang digunakan di hospital-hospital adalah dengan hanya menambahkan jumlah kandungan air di dalam badan agar suhu kembali normal.
| Cara Pengubatan Denggi |
1. Air 100 Plus - Di sarankan oleh Doktor sendiri. Boleh minum banyak-banyak
2. Sup Ketam - Ketam yang terbaik di gunakan adalah Ketam Nipah
3. Air Jus Pegaga
4. Air Daun Betik - Rasa pahit ya amat! Sediakan kuih bangkit siap-siap untuk kurangkan sikit rasa pahit tu.
5. Daun Pokok Semambu - Ni bukan untuk di makan! Tapi untuk di gosokkan pada bahagian badan. Bila ruma atau bintik-bintik merah dah mula keluar, badan akan rasa miang atau gatal sampai susah nak tidur. Ambil segenggam daun ni dan gosokkan pada bahagian bintik-bintik merah tersebut.
6. Aiskrim Vanilla
7. Air Barli campur garam
Wallahualam








No comments:
Post a Comment