Monday, 30 December 2013

8 Sakit Yang Anda Tidak Boleh Abaikan



8 Sakit Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

8 Sakit Yang Anda Tidak Boleh Abaikan | Setiap kali tubuh badan jatuh sakit, ubat dan rehat sering menjadi pilihan untuk pulih. Sedangkan, berjumpa dengan doktor adalah lebih penting kerana lapan rasa sakit di bawah mungkin petanda kepada masalah kesihatan yang teruk.
1. Sakit dada
Jika anda baru berusia 25 tahun tetapi kerap merasa sakit yang mencucuk pada dada, ini berkemungkinan anda berisiko berdepan dengan penyakit
jantung. Jangan ambil mudah jika anda pernah merasa sakit pada lengan, abdomen, leher dan rahang. Apabila anda merasa sakit pada dada, ia menyukarkan anda untuk bergerak, menyukarkan anda bernafas serta badan lesu.
2. Abdomen dan sakit belakang
Sakit yang perit di bahagian abdomen dan belakang badan seolah-olah seperti ada ‘serangan ombak’ memberi isyarat sakit batu karang pada ginjal. Ia lebih ketara apabila anda mempunyai simptom muntah, demam, pening kepala atau terdapat darah pada air kencing. Segeralah berjumpa doktor apabila melibatkan darah.
3. Sakit pada testis
Kesakitan pada testis memberi isyarat kepada kanser testikal. Ia semestinya tidak boleh dilihat sambil lewa lebih-lebih lagi jika anda mempunyai rasa sakit dan beberapa simptom seperti bengkak dan kemerahan pada testikal, pening kepala dan demam.
3. Sakit bawah perut
Jika anda merasa sakit seperti mencucuk pada belah kanan abdomen beserta demam dan pening kepala, anda berkemungkinan menghidap sakit apendiks di mana keadaan ini perlu dirawat secepat mungkin sebelum penyakit ini pecah di dalam perut.
 4. Sakit membuang air kecil
Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil mungkin membawa kepada sakit STD seperti chlamydia atau gonorrhea. Selain rasa sakit ketika membuang air kecil, testikel bengkak, sakit ketika mengadakan hubungan kelamin dan pengeluaran cecair merupakan petanda bahaya yang perlu dirujuk kepada doktor.
 5. Pening selepas terhentak di kepala
Jika anda merasa pening setelah terjatuh atau terhentak di kepala ketika bersukan, jangan ragu-ragu untuk keluar dari padang. Tidak sedar walau beberapa saat, tidak mampu menjawab soalan mudah atau amnesia merupakan perkara yang tidak boleh dipandang remeh kerana khuatir mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri.
 6. Sakit lutut
Jangan ambil mudah apabila anda mengalami bengkak atau lebam pada lutut. Pendarahan di sekitar lutut merupakan punca kepada bengkak dan boleh menyebabkan tisu ligamen koyak atau retak pada sendi. Jika anda tidak mampu bergerak atau mengangkat lutut, rawatan sinar x perlu dilakukan sebelum pembedahan perlu dilakukan.
 7. Sakit belakang kaki
Sakit ini dikenali sebagai Archilles. Pembengkakan dan ketidaupayaan bergerak dan berjalan adalah keadaan yang tidak boleh dibiarkan. Keadaan ini sering dialami oleh pemain tenis dan pemain bola keranjang yang tiba-tiba saja berhenti dan pemain seolah-olah merasakan ada seseorang yang telah menendang di belakang kaki.
Selain rasa sakit di atas, rasa sakit yang lain juga tidak boleh dipandang mudah. Kebanyakan ubat adalah membantu untuk menahan rasa sakit sedangkan ia bukanlah berfungsi untuk merawat sepenuhnya. Adalah lebih baik jika anda segera bertemu doktor kerana setiap penyakit datangnya dari rasa sakit yang kecil. Tetapi jika dibiarkan lama-kelamaan akan menjadi penyakit kronik yang boleh membawa kepada kematian pada masa hadapan. Jadi, pepatah seperti mencegah lebih baik dari mengubati memang relevan!
P/S: mencegah lebih baik daripada merawat..

Sumber

No comments:

Post a Comment