Friday 28 February 2014

Misteri di Pulau Perhentian




Misteri Yang Tak Terungkai Di Pulau Perhentian

Misteri Yang Tak Terungkai Di Pulau Perhentian  | Berikut merupakan antara cerita yang telah ditulis mengikut pengalaman pelancong yang pernah bercuti di Pulau Perhentian. Agak menyeramkan. Adakah kisah satu dan dua di bawah ini mempunyai kaitan?

I HAVE this habit of venturing out on my own frequently as I enjoy my own company. On a trip to Perhentian Island recently, I would go out jogging early in the morning along Long Beach.


Kreatif!! Restoran Tempah Makan Hari Ini, 5 Tahun Baru Dapat



Kreatif!! Restoran Tempah Makanan Hari Ini, 5 Tahun Baru Dapat | Jika kita menempah makanan di kedai makan mahupun restoran, menunggu hingga sejam mesti akan membuatkan kita rasa marah. Makanan yang dipesan tidak kunjung tiba di meja makan. Tetapi apakah perasaan anda apabila mengetahui terdapat sebuah restoran yang perlu membuatkan kita menunggu sehingga lima tahun baru dapat menjamah makanan tersebut. Bunyinya pelik, tetapi itulah yang menjadi realiti di restoran ini.

Sebuah restoran, Basement Bistro di Amerika Syarikat dikatakan sangat eksklusif kerana setiap malam, restoran ini hanya memasak 15 hidangan yang disajikan untuk 18 pelanggan sahaja.



Terbaru!! Senarai 10 Orang Terkaya di Malaysia (2014)




Terbaru!! Senarai Orang Terkaya Di Malaysia | Robert Kuok (1), hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli perniagaan T Ananda Krishnan (2) dan tokoh perbankan Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow (3).

Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lalu.


Tuesday 18 February 2014

Penawar Demam Denggi



Petua ini bukanlah untuk menggantikan perubatan moden, tetapi anda boleh jadikannya petua sampingan jika anda juga disahkan menghidap penyakit ini. Untuk pengetahuan semua juga, penyakit demam denggi ini belum mempunyai vaksin dan setakat ini cara rawatan yang digunakan di hospital-hospital adalah dengan hanya menambahkan jumlah kandungan air di dalam badan agar suhu kembali normal.



10 Tips Pemasaran FB bagi Perniagaan Berskala Kecil



Berikut adalah 10 cara promosi perniagaan melalui Facebook untuk perniagaan kecil untuk memaksimumkan perniagaan anda dengan kerja yang minimum.:


1. Tetapkan tujuan yang realistik

Jangan berharap untuk mendapatkan ribuan ”LIKE” dalam bulan pertama Anda, tetapi berfikirlah dengan realistik dengan mulakan dari yang kecil untuk mendapat angka yang lebih besar.

2. Luangkan sedikit waktu anda

Cuba untuk membahagikan waktu anda, paling 1 satu jam sehari untuk update posting Facebook tentang perniagaan anda dan berkomunikasi terus dengan pelanggan.

3. Pelajari sebanyak yang boleh

Ambil catatan berdasarkan pengalaman anda dengan Facebook. Buat catatan tentang hal-hal yang anda tidak mengerti. Anda juga boleh mencari banyak informasi di Google, Yahoo atau Bing atau boleh juga bertanya pada yang pakar dalam Facebook marketing.


Rahsia Kenapa Ramai Orang Suka Makan Di Kedai Mamak



Pemandangan di restoran mamak kebanyakannya sama sahaja.  Pengusaha restoran mamak akan melaburkan sedikit wang untuk membeli TV skrin 42 inci untuk tatapan pelanggan sambil menjamu selera.  Ada kalanya mereka akan memancarkan siaran TV itu tadi ke skrin projektor untuk memberi lebih kepuasan kepada hati pelanggan.  Konsep restoran juga bersifat lebih terbuka dengan kerusi meja jenis tahan karat dan kipas air dipasang untuk keselesaan.  Bagi pengusaha restoran yang lebih ‘celik IT’, mereka turut menyediakan kemudahan Wi-Fi percuma untuk pelanggannya, walaupun pelanggan itu tadi hanya memesan secawan teh tarik.  Meja dan kerusi diatur sehingga ke laluan pejalan kaki restoran, dan ada juga pengusaha kedai yang terpaksa meletakkan kerusi dan meja sehingga menutupi sebahagian jalan raya, hanya untuk menampung jumlah pelanggan yang berkunjung ke restoran mereka.


Idea Bisnes Untuk Suri Rumah



Suri rumah tangga mempunya masa yang terhad antara mengurus tugas sebagai suri dan pekerjaan/perniagaan yang akan dilakukan. Akan tetapi, ramai juga yang berjaya dengan dengan perniagaan sambil melaksanakan kewajiban sebagai suri rumah. Mari kita lihat apakah bisness yang sesuai untuk suri rumah ni.

Bahana Kosmetik Online Beracun



Kuala Lumpur: Kegilaan mendapatkan kosmetik secara online yang menjadi fenomena baru di kalangan remaja tidak kira perempuan atau lelaki untuk muka tampil cerah menawan ternyata membawa azab kepada segelintir mereka apabila muka seolah-olah terbakar kerana penggunaan kosmetik beracun.

Ini berikutan mereka terlalu mudah diperdaya dengan ‘jaminan kualiti produk’ serta pelbagai ‘testimoni pengguna’, di blog serta laman sosial Facebook, kononnya kosmetik yang ditawar berkesan dalam tempoh sesingkat tiga hari.

Mengakui sesal kerana terjebak dalam pembelian kosmetik di laman Facebook, Sharina (bukan nama sebenar), 19, berkata, dia terpaksa mengasingkan diri daripada rakan sekerja apabila wajahnya ditumbuhi bintik halus merah seakan ruam panas.

“Ketika membeli (set kosmetik), saya langsung tidak memikirkan soal keselamatan diri dan kesan produk terhadap wajah. Apa yang terlintas hanyalah perasaan tidak sabar untuk kelihatan cerah dan cantik sebagaimana pengguna lain di ruang testimoni produk.

“Sehari selepas pembayaran dibuat, produk yang diidam sampai di depan rumah. Menurut label pada kotak, saya boleh melihat kesannya selepas tiga hari dan jaminan diberi ternyata menjadi,” katanya ketika ketika ditemui di rumahnya di Sungai Besi.


P/s: Sebelum beli produk-produk kosmetik dan kesihatan, pastikan anda check dulu atau buat sedikit kajian mengenai produk tersebut. Jangan pakai beli jee...


Sumber

Elakkan Bisnes Lingkup Dengan 4 cara



4 Cara Elakkan Bisnes Anda Lingkup


‘Business is about making someone’s life better’. Itu sebenarnya maksud perniagaan, dapat menjadikan hidup pemiliknya senang. Namun begitu, ada juga usahawan yang mengeluh. Jika dilihat dengan mata kasar, perniagaan yang dimiliki sangat maju, mempunyai pelanggan yang ramai dan barangan yang sentiasa laris. Akan tetapi poket usahawan itu tadi sering kosong menyebabkan dia tertanya-tanya, ke manakah hilangnya wang perniagaannya?

Terdapat pelbagai faktor yang mungkin menyebabkan perkara ini berlaku, namun hal ini mungkin dapat dielakkan sekiranya usahawan tersebut mengambil kira perkara-perkara di bawah:

Friday 14 February 2014

Mayat Lelaki di Temui Tertiarap Dalam Sungai



KOTA BHARU- Niat seorang kanak-kanak untuk memancing ikan di kawasan sungai yang terletak hampir 50 meter dari rumahnya terbantut selepas menemui mayat lelaki tertiarap dalam sungai di Kampung Banggu, Binjai di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, Nasrullah Syarib, 8 berkata, dia ke kawasan itu selepas pulang dari sekolah untuk memancing ikan.

“Saya memang sering ke kawasan berkenaan dan menghabiskan masa memancing ikan berseorangan. Lagipun saya sudah biasa ke kawasan terbabit yang terletak tidak jauh dari rumah.


HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM AJAIB!!




HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM AJAIB!!


APA KATA MEREKA YANG TELAH MENGGUNAKANNYA??

" Saya sendiri telah menggunakan terhadap anak saya, Fahry. Fahry pernah mengalami ruam panas yang teruk, gatal sampaikan dia menggaru-garu sampai berbelak. Dalam hati saya fikir “Dah tak ada harapan budak ni”.

Dalam keadaan percaya tak percaya tu saya cuba sapukan herbal Blend Multipurpose Cream ni ke badan Fahry. Hasilnya, voila! Kulit Fahry jadi licin, walaupun sebelumnya ada macam calar-balar luka sikit akibat digaru."


Lagi testimoni di sini --- >> http://on.fb.me/1g3vlrQ 

Atau KLIK di sini --->> Testimoni



--- >> Kegunaan Herbal Blend Multipurpose Cream <<---



  • Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
  • Menyelesaikan masalah kulit gatal
  • Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox
  • Menghilangkan ruam pada bayi
  • Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
  • Sebagai losyen untuk kegunaan harian


NAK ORDER?? PM saya di sini

https://www.facebook.com/messages/kedaishakleemurah

ATAU

SMS/WHATSAPP/CALL ke 016-9502927



Thursday 13 February 2014

Set Kesihatan Optimum




SET KESIHATAN OPTIMUM 


"Set Kesihatan Optimum" Shaklee memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.


Kebaikan:

Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
Membantu anda berasa lebih bertenaga
Menguatkan sitem imun
Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.


Wednesday 12 February 2014

Hospital Tak Cekap, Ibu Muda Hilang Bayi Kembar Serentak



KUALA PILAH – Ibu mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu bayi pertama yang dikandungnya adalah kembar.

Persiapan sudah dilakukan, bahkan barang keperluan termasuk baju baharu untuk menyambut kelahiran pasangan bayi berkenaan sudah dilakukan.

Namun, kegembiraan seorang ibu muda di sini bertukar menjadi saat menyedihkan apabila seorang daripada bayinya meninggal dunia selepas dilahirkan, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.

Semuanya dikatakan berpunca daripada perkhidmatan sebuah hospital di daerah ini yang didakwa tidak cekap sehingga mengakibatkan Sharifah Kalsum Syed Abu Bakar, 22, lewat menerima rawatan, sebelum terpaksa menjalani pembedahan secara tergesa-gesa.


Bongkar Rahsia Artis dan Tokoh Negara bersama Shaklee




RAHSIA DAN FORMULA KESIHATAN BERSAMA 

ARTIS DAN TOKOH NEGARA MALAYSIA.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hari ni saya nak bongkar rahsia dan tips-tips bagaimana mereka yang dikatakan artis dan tokoh negara kita sihat dan kelihatan sentiasa cantik, muda dan berseri je bila tengok. Rupa-rupanya, diorang ni ada tips dan petua mereka tersendiri dan terbukti berkesan!! In fact, dah ramai tokoh-tokoh mahupun atlet dunia yang dah amalkan Shaklee seperti:


Kisah Sebenar Bapa Kandung Sembelih Anak di Bangi




Kisah Sebenar Lelaki Sembelih Anak Di Bangi


Agak menyedihkan apabila seorang anak mati di tangan bapa kandungnya sendiri. Kejadian menyedihkan berlaku apabila seorang bapa telah mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.


Wednesday 5 February 2014

Mohon Share!! Hati-Hati Dengan Sindiket Kad Debit / Kredit




Mesti Baca!! Hati-Hati Dengan Sindiket Kad Debit/Kredit

Mesti Baca!! Hati-Hati Dengan Sindiket Kad Debit/Kredit | Sekadar kongsian untuk semua, silakan share jika anda tidak mahu kawan kawan anda terkena macam yang dinyatakan terima kasih

Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!

Untuk kawan-kawan fb, just nak share apa yang berlaku pada kawan saya hari ni.

Lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?


Perghh! Bilik Kebal Bank Simpanan Emas Terbesar Dunia!




Wow! Bilik Kebal Bank Simpanan Emas Terbesar Di Dunia | Bank Simpanan Emas Terbesar di Dunia, Sesuai namanya, Federal Reserve Bank of New York terletak di New York di 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini di buka pada tarikh 16 November 1914 dan tempat inilah anda boleh melihat emas yang banyaknya yang tidak akan pernah anda lihat seumur umur anda kerana di sinilah terdapat Bilik Kebal (ruang simpanan) emas terbesar di dunia.

Monday 3 February 2014

Tips: Tempat Menarik dan Wajib Singgah di Kota Bandung (Trip 21 - 25 Januari 2014)




Kota Bandung mempunyai banyak tempat menarik; selain dengan factory outlet nya yang terkenal dengan pusat membeli-belahnya, suasana atau keadaan muka bumi di sana juga mempunyai tarikannya yang tersendiri. Keadaan iklimnya yang agak dingin iaitu sekitar 22 darjah celcius memberikan suasana nyaman yang disertai pula dengan keadaan tanah tinggi dan beberapa gunung berapi yang terkenal.

Oleh itu maka tidak hairanlah ianya setiasa dikunjungi oleh masarakat tempatan atau luar negara. Pada hujung minggu kita akan dapati ramai penduduk dari Jakarta turun ke Bandung untuk melepaskan diri daripada kesesakan kota. Begitu juga dengan pelancong luar negara, hampir 90 peratus adalah orang-orang Malaysia dan keduanya diikuti oleh rakyat Singapura.


Tips: Pilih Lokasi Rumah yang Sesuai



Tips Untuk Memilih Lokasi Rumah Yang Sesuai

Tips Untuk Memilih Lokasi Rumah Yang Sesuai | Samada anda hendak mendiami atau membuat pelaburan dengan cara memberi sewa, pembeli rumah sangat sukar untuk membuat pemilihan baik dari segi kedudukan strategik rumah tersebut atau saiz keluasan rumah. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli rumah ikutilah panduan berikut.


Tips: Cari Muka Surat Bagi Setiap Juzuk dalam Al-Quran




Tips Untuk Cari Muka Surat Setiap Juzuk Dalam Al-Quran

Tips Untuk Cari Muka Surat Setiap Juzuk Dalam Al-Quran | Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)


Sunday 2 February 2014

Senarai Nama Kedai Online Yang Menipu




Senarai Nama Bisnes Atas Talian Yang Menipu

Senarai Nama Bisnes Atas Talian Yang Menipu | Sila rujuk senarai nama kedai atau business online yang menipu ni jika anda kerap melakukan pembelian di internet. Malaysia sebenarnya masih mundur dalam hal pembelian barang secara online kerana masih ramai yang menipu dan menjadi mangsa tipu.


Pengantin Lesap, Rugi RM60,000



Pengantin lesap, rugi RM60,000

KOTA BHARU - Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi kenangan manis seumur hidup bertukar menjadi pengalaman pahit buat seorang pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Malang buatnya apabila bakal suaminya itu tidak muncul-muncul pada hari pernikahan mereka kelmarin, menyebabkan keluarga terpaksa menukar majlis menyambut menantu kepada majlis sambutan Maulidur Rasul.

Pensyarah tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Yaya (bukan nama sebenar), 28, berkata, pernikahannya sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di Pengkalan Chepa di sini, jam 3 petang, namun pengantin lelaki tidak muncul selepas tiga jam menunggu.


5 Jenis Makanan yang Perlu Dijauhkan Dari Kanak-Kanak



Ketahui 5 jenis makanan yang perlu dijauhkan dari kanak-kanak.

Setiap ibubapa menginginkan anak mereka membesar dengan sihat. Salah satu faktor anak-anak membesar dengan sihat adalah pemakanan. Namun, kini terdapat pelbagai jenis makanan yang tidak sihat lebih-lebih lagi jenis makanan segera atau Instant Food / Fast Food

Golongan dewasa tentulah faham yang makanan sihat itu terdiri daripada bahan-bahan segar seperti ayam, ikan, salad dan sayuran hijau. Buah-buahan segar pula digunakan sebagai pencuci mulut atau pembuka selera. Keadaan berlaku sebaliknya kepada kanak-kanak. Mereka menganggap makanan sedemikian sebagai jijk, membosankan, hambar dan lebih teruk ia dianggap sebagai racun!


Pelajar Wanita Di Cekup Tanpa Pakaian



KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.

Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.

Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.