Senarai Asas Pengambilan Produk SHAKLEE
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Produk-produk keluaran SHAKLEE adalah digalakkan untuk diambil berdasarkan arahan yang tertera pada botol produk-produk tersebut.Tetapi bagi penghidap penyaki-penyakit yang kronik, cara pengambilannya adalah berbeza mengikut kesesuaian dan keadaan semasa penyakit tersebut.
Berikut saya senaraikan cara pengambilan asas produk-produk keluaran SHAKLEEE bagi individu yang NORMAL dan SIHAT.
VITAMIN B dan C (Larut dalam Air)
Sebaiknya diambil dengan segelas air suam/sejuk pada waktu pagi. ELAKKAN daripada mengambil makanan berminyak dan berlemak.
VITAMIN A, D, E dan K (Larut Lemak)
Perlu digunakan selepas mengambil makanan berlemak atau berminyak. Ini kerana vitamin daripada jenis yang larut lemak memerlukan elemen seperti berikut untuk berfungsi penyerapan yang optimum.
OSTEMATRIX (Kalsium)
Sebaiknya diambil dengan minuman bersusu. Paling baik sekiranya susu tersebut mengandungi Magnesium (Dutch Lady/HL). Ini kerana, Magnesium membantu tubuh untuk menyerap Magnesium dengan lebih baik.
IRON (Vita-Lea)
Disarankan untuk diambil bersama Vitamin C bagi mengoptimumkan kadar penyerapan nutrient oleh tubuh.
ZINC
Harus diambil setelah makan. Sekiranya diambil tanpa makanan, akan menyebabkan anda berasa loya. Anda disarankan untuk minum air sebanyak antara 2-3 liter sehari bagi membantu penyerapan nutrien oleh tubuh. Digalakkan untuk mengambil sebanyak 2 kali sahaja dalam satu minggu atau dengan saranan doktor.
Pengambilan Zinc harus dilakukan setiap hari sekiranya anda mengalami masalah rambut yang serius.
ALFALFA
Anda disarankan mengambil maksimum sebanyak 10 biji sahaja setiap hari, mengikut arahan yang tertulis pada botol produk. Namun begitu, kekurangan dalam pengambilan air antara 2-3 liter sehari mungkin menyebabkan anda berasa sakit kepala atau sendi. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut adalah tidak berbahaya
ELAKKAN mengambil Alfalfa bersama Vitamin E (GLA Complex). Ini kerana kandungan Alfalfa mampu membantutkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien daripada Vitamin E (GLA Complex).
KALSIUM (OsteMatrix) + IRON (Vita-Lea)
Elakkan pengambilan Kalsium (OsteMatrix) bersama Iron (Vita-Lea). Kalsium mampu menghalang tubuh daripada menyerap nutrien iron.
VITAMIN DAN KAFEIN
Pengambilan mana-mana Vitamin dalam produk Shaklee bersama kafein daripada minuman kopi atau teh mampu menyebabkan penyerapan nutrien Vitamin oleh tubuh terhalang.
TIPS: Secara lazimnya, semua minuman yang berwarna gelap/hitam mengandungi kafein (kola,kopi). Minuman berkarbonat dan minuman perangsang tenaga juga mengandungi kadar kafein yang tinggi.
VITA-LEA tidak sesuai diambil oleh pesakit Thalasemia oleh kerana Vita-Lea mengandungi Iron yang diketahui tidak sesuai untuk diambil oleh golongan tersebut.
VIVIX
Anda disarankan untuk mengambil Vivix sebanyak satu sudu sahaja sehari. Pengambilan yang berlebihan merupakan suatu pembaziran kerana melalui kajian, individu normal hanya mampu menyerap nutrien daripada Vivix pada amaun yang disebutkan sahaja. Nutrien daripada Vivix yang diambil secara berlebihan akan dikeluarkan melalui proses perkumuhan tanpa digunapakai oleh tubuh.
Hanya pesakit-pesakit kronik (kanser, yang menghadapi prosedur pembedahan, dan seumpamanya) sahaja digalakkan mengambil Vivix pada amaun maksimum setengah botol sehari. Ini kerana keperluan mereka terhadap nutrien tersebut adalah lebih besar daripada keperluan individu yang sihat.
NUTRIFERON
Bagi individu normal dan sihat, adalah memadai untuk mengambil 1 sachet sahaja setiap hari. Namun begitu, terdapat individu yang menghidap penyakit kronik seperti kanser yang disarankan untuk mengambil antara 4-6 sachet sehari ('Combat Procedure'). Ia digalakkan untuk digabungkan bersama pengambilan Vivix bagi mengoptimumkan kesannya.
Semoga dengan cadangan ini sedikit sebanyak dapat membantu masalah anda.
Muhammad Aiman
SID : 1076605
No Hp : +6016.950.2927
Email : aimanshaklee@gmail.com
No comments:
Post a Comment