Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Semoga kalian berada didalam keadaan sihat sentiasa hendaknya, Amin. Post kali ni saya nak cerita sikit berkenaan dengan suplemen dan penyusuan bayi (seperti tertera di tajuk post).
Seandainya anda mengambil suplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah anda faham bahawa vitamin bukanlah salah satu cara memperbanyakkan susu ibu. Vitamin juga perlu diambil demi memastikan tubuh ibu tersebut sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat serta secara tidak langsung si ibu mampu membekalkan susu ibu yang berkualiti kepada si manja.
LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN ATAU LEBIH KERAP SESI PERAHAN, MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DAPAT DIHASILKAN.
Pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu dapat memenuhi keperluan di bawah dengan penuh berdisiplin dan konsisten.
1) Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 Jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
2) Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter sehari dan memastikan dirinya mengambil makan seimbang dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.
3) Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Sang Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani yang perlu dititikberatkan. Bagi Muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi, tetapi menjadikannya amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.
Demikianlah sedikit tips kepada si ibu yang hendak menyusukan si manja. Semoga sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu yang tidak seberapa ini insyaAllah. :)
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment