Monday 31 March 2014

#MH370 : Jalinan Malaysia dan China Bakal Lenyap?



KEAKRABAN Malaysia-China bukan baru berputik, malah ia sudah bermula sejak berkurun lama. Bukan sekadar hubungan politik dan diplomatik, tetapi boleh dianggap sebagai bersaudara apabila hubungan ini sudah mencecah lebih 700 tahun, dan mungkin lebih lama lagi.

Hubungan ini bermula sejak wujudnya laluan laut antara China dengan India. Ketika itu ‘Duyuan’, nama sebuah persinggahan, atau pelabuhan tempat kapal dagangan China berhenti berehat sebelum meneruskan perjalanan tercatat dalam sejarah pelayaran negara China. Nama itu, sebenarnya merujuk kepada Pulau Duyung di Terengganu.

Menurut sebuah buku bertajuk Malaysian Historical oleh KG Tregonning dan The Encyclopedia Americana, mencatatkan bahawa ‘Duyuan’ atau Semenanjung Tanah Melayu merupakan tempat persinggahan terbaik bagi kapal-kapal perdagangan China.


#Cuai : Jururawat Mahu Saman Hospital



HUTAN MELINTANG - PERAK. Seorang jururawat bercadang memfailkan saman terhadap sebuah hospital yang didakwanya melakukan satu prosedur rawatan tanpa mendapatkan persetujuan ahli keluarganya hingga dia terpaksa melakukan pembedahan kali kedua dalam tempoh 48 jam selepas melahirkan bayinya.

Dalam kejadian Februari lalu, Noralisa Mohd Malid, 29, mendakwa, tiub fallopio sebelah kirinya diikat oleh doktor pakar yang menjalankan pembedahan caesarean ke atasnya ketika dia melahirkan anak ketiganya di hospital itu.
Difahamkan, tindakan itu dibuat kerana terdapat lekatan pada dinding pelviknya berikutan saluran tiub mangsa cedera ketika pembedahan dilakukan.

Noralisa berkata, dia hanya mengetahui  keadaannya sehari selepas pembedahan apabila mendapati pembalut luka di abdomennya basah dan berdarah.

“Ketika doktor buat pemeriksaan, saya sempat tanya sama ada berlaku komplikasi semasa pembedahan dijalankan.

“Doktor itu kata, mereka telah mengikat tiub fallopio sebelah kiri saya kerana ada lekatan pada dinding pelvik.

"Doktor cuba untuk menanggalkannya namun secara tidak sengaja saluran tiub itu tercedera dan menyebabkan pendarahan tidak berhenti hingga mereka terpaksa ikat tiub itu bagi menyelamatkan nyawa saya,” katanya ketika ditemui rumahnya di Kampung Parit 13, semalam.

Noralisa berkata, apa dikesalkannya ialah doktor yang memberitahu perkara itu kepadanya tidak langsung menunjukkan rasa kesal walhal ia adalah satu perkara besar buat dirinya memandangkan tiub fallopio kirinya kini tidak berfungsi.

Katanya, selepas pembedahan, dia berasakan perutnya semakin sakit dan kain  dipakainya turut ditembusi darah daripada pembalut luka pembedahan.

“Saya terpaksa tunggu agak lama untuk doktor datang buat pemeriksaan dan saya menggigil menahan kesakitan di perut.

“Apabila doktor datang dan periksa luka, dia jerit dan mengatakan usus perut saya terkeluar menerusi luka pembedahan. Saya juga melihatnya," katanya.

Noralisa berkata, dia terpaksa menjalani pembedahan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 48 jam oleh doktor pakar lain dan masalah tersebut didakwa berpunca daripada kecuaian doktor yang membedahnya sebelum ini.

Katanya, dia kini trauma dan kesal dengan apa yang terjadi serta telah membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Friday 28 March 2014

#Info : 5 Penyakit Yang Mungkin Tak Boleh Sembuh



Ketahui 5 Penyakit Yang Mungkin Tak Boleh Sembuh

Ketahui 5 Penyakit Yang Mungkin Tak Boleh Sembuh | Dalam dunia ini ada beribu-ribu jenis penyakit.Belum pun satu penyakit itu ditemui penawarnya,muncul pula penyakit lain.Kita patut berterima kasih kepada para saintis di seluruh dunia kerana bertungkus lumus mencari ubat bagi setiap penyakit,walaupun mungkin tidak menyembuhkan sepenuhnya,tetapi sekurang-kurangnya memberi kesan kelegaan.

Supaya kita semua lebih berjaga-jaga dan lebih prihatin terhadap kesihatan sendiri,ini dia 5 senarai penyakit yang belum ada rawatan yang mampu menyembuhkan sepenuhnya.Tujuan posting ini bukan untuk menakut-nakut pembaca ya,tetapi supaya kita memberi lebih perhatian terhadap tubuh kita sebab sebahagian daripada penyakit tersebut berpunca dari diri sendiri.

1.AIDS

AIDS bermaksud Acquired Immune Deficiency Syndrome .Penyakit ini disebabkan oleh virus HIV(Human Immunodeficiency Virus).Virus ini akan melumpuhkan sistem antibodi tubuh,menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit.AIDS itu sendiri tidak membunuh,tetapi penyakit yang berkerumun menimpa kita selepas dijangkiti HIV itu yang membunuh.

2.DIABETES

Diabetes atau kencing manis merupakan antara penyakit yang popular di Malaysia,dan malang sekali tidak ada rawatan yang mampu menyembuhkan penyakit ini secara total buat masa ini.Walaubagaimanapun,kepada mereka yang ada Diabetes,jangan putus asa,sebab kesannya masih boleh dikawal dengan senaman,pengambilan makanan yang teratur dan berkhasiat serta ubat(bukan menyembuhkan,hanya mengawal kesannya)

3.ALZHEIMER

Alzheimer ialah sejenis penyakit yang dikategorikan dalam penyakit mental.Pesakit Alzheimer akan mengalami masalah pemikiran,tabiat dan memori.Tidak ada rawatan untuk penyakit ini,lebih-lebih lagi ia selalu menyerang mereka yang berumur 60 tahun keatas,tetapi ada juga kes pesakit yang lebih muda dari itu.

4.PARKINSON

Penyakit Parkinson berlaku disebabkan kerosakkan pada sistem saraf pusat.Pesakit akan mengalami keadaan menggeletar yang tidak terkawal,pergerakkan jadi perlahan dan sukar mengimbang badan.Parkinson dialami oleh setiap seorang daripada 100 orang yang berumur 60 tahun ke atas di seluruh dunia.

5.ASMA

Asma ialah sejenis penyakit paru-paru akibat radang atau penguncupan saluran pernafasan,menyebabkan si pesakit tercungap-cungap,sukar bernafas.Belum ada ubat untuk Asma yang terbukti mampu menyembuhkan 100%.Punca Asma juga masih belum dapat dipastikan tetapi dipercayai disebabkan keturunan.

Sekian senarai 5 penyakit yang tidak dapat disembuhkan.Tapi semuanya tak mustahil untuk sembuh kalau Allah izinkan. Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dimasa muda ini supaya bahagia di hari tua kelak…



Sumber

Wednesday 12 March 2014

Tips: Buat Wanita Untuk Berjaya



Hari ini sudah tidak seperti dulu apabila golongan wanita, isteri dan ibu lebih peka dan mengambil tahu mengenai perihal kewangan keluarga. Ramai juga yang menyumbang kepada kewangan keluarga dan ramai usahawan wanita yang berjaya menyumbang kepada ekonomi negara.


Info: 7 Kawasan Catat IPU Tidak Normal




KUALA LUMPUR - Tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat pukul 5 petang hari ini.

Menurut senarai bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan yang mencatat bacaan tidak sihat ialah Nilai (108), Seremban (102), Banting (107), Kuala Selangor (104), Pelabuhan Klang (142), Cheras (108) dan Putrajaya (110).
 
Terdapat 17 kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap baik sementara 28 kawasan mencatat IPU sederhana. IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).


Maut : Tak Sempat Makan Lauk Sotong



SEGAMAT - Seorang pelajar tingkatan lima tidak sempat menjamah lauk sotong dimasak ibunya apabila maut terlibat kemalangan dengan sebuah lori di KM 73, Jalan Segamat-Muar berhampiran persimpangan Tanjung Sekawang, semalam.

Mohd Ashraf Abdullah, 17, yang mesra disapa dengan panggilan ‘Ayap’ meninggal dunia di tempat kejadian setelah motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggangnya berlanggar  dengan lori terbabit.

Sepupunya, Nuraina Adriana Azmi, 18, berkata, dia dalam perjalanan menghantar ibu mangsa, Karynadia Abdullah, ke tempat kerja di Lebuh Raya Segamat-Kuantan menaiki kereta bersama abang mangsa, Mohd Fazelin Abdullah.

“Sebak melihat lauk sotong yang dimasak mama (ibu mangsa) tidak sempat dijamah Ayap. Sewaktu hampir tiba di tempat kerja mama, abang long (abang mangsa) terima panggilan daripada rakannya yang mengatakan Ayap kemalangan di persimpangan Tanjung Sekawang.


[Update Terkini #MH370] : TUDM Nafi Lokasi Terakhir MH370 di Selat Melaka



SEPANG - Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan yang memetik beliau berkata radar tentera mengesan pesawat MH370 di Selat Melaka.

Sehubungan itu, beliau meminta agar laporan tersebut dipinda dan diperbetulkan.

"Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian

"Saya minta laporan tersebut dipinda dan diperbetulkan untuk mengelak berlaku salah tafsir terhadap laporan yang tidak betul itu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Rodzali, beliau diminta mengesahkan kejadian itu oleh wartawan terbabit namun beliau tidak menjawab.

"Sebaliknya apa yang saya katakan kepada wartawan itu ialah 'sila rujuk kenyataan saya pada 9 Mac pada sidang media bersama Ketua Angkatan Tentera di Hotel Sama Sama," katanya.

Sebelum ini beliau dilaporkan berkata pada malam kejadian, pangkalan udara di Butterwoth mengesan isyarat kedudukan MH370 yang berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara.



Sumber: www.sinarharian.com.my

Tips: Himpunan 110 Petua Kesihatan dan Tradisional



1. MENURUNKAN BERAT BADAN




Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL



Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.



Sunday 9 March 2014

MH370: FBI Tak Tolak Aspek Keganasan Dalam Pesawat


KUALA LUMPUR: Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak menolak aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Seorang pegawai kerajaan AS dilaporkan berkata penglibatan FBI itu disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS.

FBI menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370.


Monday 3 March 2014

Makanan Yang Boleh Buat Anda Nampak Penat



Antara Makanan Yang Boleh Buat Anda Nampak Penat | Anda nampak letih?? penat?? kenapa ye?? Salah satu anda kelihatan seperti letih adalah dari permakanan anda.. haaaa…. Jom kita baca..

Dengan kehidupan seharian yang sibuk dan hari yang panjang, anda akan berasa sangat letih di penghujung hari. Kadang-kadang ia berpunca daripada makanan yang anda makan. Jika anda sering kelihatan letih walaupun sudah 4 inci solekan di muka, kemungkinan besar ia berpunca daripada makanan anda. Ayuh semak senarai di bawah iaitu makanan yang membuatkan anda nampak letih.


Info: Kepentingan Makan Malam



Kepentingan Makan Malam Kepada Diri Anda | Makan malam amat penting untuk tubuh badan kita. Tapi haruslah kita beringat agar tidak makan berlebihan dan kene tepat pada masa nya. jangan makan lewat-lewat malam, dikhuathiri memudaratkan kesihatan..

  • Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.

Kanser Paling Besar di Dunia



Jom Baca!! Kanser Yang Paling Besar Di Dunia | biasanya kanser adalah sesuatu penyakit yang amat berbahaya kepada manusia. Malah kanser boleh membawa maut kepada si pesakit. Pernahkan anada melihat saiz kanser yang begitu besar?? Inilah kanser yang paling besar direkodkan di dunia.

Saiz kanser yang pernah dibuang dari tubuh manusia jarang melebihi 3 kg. Namun doktor di Argentina baru-baru ini berjaya membuang kanser raksasa dari rahim seorang wanita, seberat 23 kg atau bersaman dengan berat kanak-kanak berusia 4 tahun.


Wajib Baca! Tanda-Tanda Seseorang Terkena Strok Haba



WAJIB BACA!! Tanda-Tanda Anda Terkena Strok Haba | Cuaca yang tidak menentu di Malaysia sekrang nih, menyebabkan ramai yang jatuh sakit. Mungkin ada yang terkena strok haba.. Apakah strok haba dan bagaimana nak tahu kita terkene strok haba??

Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal ‘heat stroke’ atau ‘strok haba’ berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.


Sunday 2 March 2014

Salah Beri Ubat, Bayi 8 Bulan Derita Akibat Racun



Alor Setar: “Hati ibu mana tidak sebak apabila melihat anak yang sebelum ini sihat dan aktif berubah sekelip mata. Selain menangis setiap masa, Muhammad Nasrullah juga tidak lalu makan, malah sering muntah apabila diberi susu,” kata Nur Shazira Mohd Salleh, 23.

Menurut Shazira, dia menyedari perubahan mendadak yang berlaku terhadap anak tunggalnya berusia lapan bulan itu selepas mendapatkan rawatan akibat dijangkiti ruam di sebuah klinik swasta di Jalan Sultan Badlishah, di sini, Isnin lalu.
Katanya, selepas diberi ubat makan dan sapu dibekalkan klinik berkenaan, badan anaknya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas.

Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia dan suaminya Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, membawa anak mereka ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk kepada pakar kulit.


Sumber

Lagi Pengasuh Kejam!




Ipoh: Seorang bayi berusia dua bulan koma sejak seminggu lalu selepas mengalami pendarahan dalam otak yang serius, dipercayai akibat didera pengasuhnya.

Bayi lelaki malang itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, jam 11 malam 25 Februari lalu, selepas dibawa oleh ibu bapanya kerana tidak sedarkan diri.
Menurut sumber, sebaik dihantar ke hospital oleh ibu bapanya yang menetap di Persiaran Meteor, di sini, pakar perubatan melakukan CT Scan terhadap bayi terbabit dan mengesan pendarahan dalam otak. Mangsa turut mengalami sawan yang teruk.

“Doktor pakar neurologi kanak-kanak yang menjalankan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak bayi berkenaan dan kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan maklumat doktor berkenaan, mangsa mengalami ‘baby shaking syndrom’ akibat goncangan kuat hingga menyebabkan pendarahan di selaput otak di antara otak kiri dan kanan,” katanya.



Sumber : http://www.hmetro.com.my/

Panassss! Kedai Kopi 2 Dalam 1



Banting: Minum sambil bergesek, itulah menu tambahan ditawarkan pengusaha sebuah restoran di sini yang menyediakan sekurang-kurangnya 10 wanita warga China untuk menjadi peneman pengunjung sepanjang menjamu selera di premis dalam ladang kelapa sawit itu.