Sunday, 2 March 2014

Lagi Pengasuh Kejam!




Ipoh: Seorang bayi berusia dua bulan koma sejak seminggu lalu selepas mengalami pendarahan dalam otak yang serius, dipercayai akibat didera pengasuhnya.

Bayi lelaki malang itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, jam 11 malam 25 Februari lalu, selepas dibawa oleh ibu bapanya kerana tidak sedarkan diri.
Menurut sumber, sebaik dihantar ke hospital oleh ibu bapanya yang menetap di Persiaran Meteor, di sini, pakar perubatan melakukan CT Scan terhadap bayi terbabit dan mengesan pendarahan dalam otak. Mangsa turut mengalami sawan yang teruk.

“Doktor pakar neurologi kanak-kanak yang menjalankan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak bayi berkenaan dan kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan maklumat doktor berkenaan, mangsa mengalami ‘baby shaking syndrom’ akibat goncangan kuat hingga menyebabkan pendarahan di selaput otak di antara otak kiri dan kanan,” katanya.



Sumber : http://www.hmetro.com.my/

No comments:

Post a Comment