Wednesday, 1 January 2014
10 Fakta Obesiti Yang Pasti Anda Belum Sedari
10 Fakta Obesiti Yang Pasti Anda Belum Sedari | Sedar atau tidak Malaysia merupakan negara teratas yang mengungguli carta penduduk paling ramai menghadapi obesiti di rantau Asia Tenggara manakala negara keenam di rantau Asia Pasifik. Ini merupakan perkara yang sangat memalukan khususnya kepada kepopularitian kita terhadap isu kesihatan.
10 Fakta Obesiti Yang Pasti Anda Belum Sedari
We Blog GK hari ini ingin berkongsi 10 fakta menarik tentang obesiti di seluruh dunia sebagai pedoman kepada semua. Harap informasi ini dapat dikongsi sebagai iktibar buat kita semua.
1. Kajian kesihatan global mengesahkan stress (tekanan) dan kurang tidur merupakan punca utama obesiti.
2. Pusat perubatan Universiti Duke mendapati bahawa wanita dan lelaki yang kehilangan 10 peratus jumlah berat badan mereka, akan berlaku peningkatan yang ketara dalam kualiti kehidupan ranjang.
3. Kajian kesihatan global mendapati obesiti merupakan pembunuh di tangga kedua selepas penggunaan tembakau (rokok).
4. Kajian kesihatan percaya obesiti mengurangkan tangga usia hidup seseorang rata-rata selama 7 tahun.
5. Obesiti meragut 2/3 nyawa dalam tempoh sehari di seluruh dunia.
6. Hampir 30% (43 juta) pesakit obesiti di seluruh dunia terdiri dari kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas.
7. Paul Mason, 48 tahun dipercayai lelaki paling gemuk di dunia dengan berat 444.52 kg.
8. Mississipi merupakan negeri di Amerika Syarikat yang mencatatkan kenaikan dewasa paling ramai mengalami obesiti sebanyak 25%. Ini kerana Mississipi terkenal dengan pelbagai jenis makanan ringan yang enak seperti pie, sweet potato crunch, dan udang goreng.
9. Kajian mendapati 35% daripada pengambilan kalori harian kita berasal dari makanan di restoran terutama fast food.
10. Beberapa syarikat penerbangan dunia telah membelanjakan $275 juta untuk 350 juta gelen tembahan bahan api antara tahun 2000 hingga 2001. Peningkatan bahan api ini adalah semata-mata untuk menampung berat tambahan penumpang yang semakin ketara (penumpang obesiti).
Sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment