Sunday, 19 January 2014

5 Punca Usaha Buang Lemak di Perut GAGAL



Lemak di bahagian perut cukup merisaukan sama ada kepada lelaki mahupun wanita. 
Sekiranya tidak ditangani segera, ia boleh menjejaskan penampilan harian anda! 


Rentetan dari itu, ramai yang berusaha mengurangkan lemak di kawasan tersebut sampaikan tidak menyedari bahawa tindakan yang dilakukan itu adalah satu kesalahan. Mari kita lihat antara kesalahan-kesalahannya :





1. TIDAK RUTIN


Perlu diketahui bahawa lemak di perut tidak mampu mengecil atau berkurang dengan sendiri sekiranya tiada senaman atau diet sihat yang dilakukan secara rutin. Jadi, mulai sekarang, cubalah disiplinkan senaman serta diet demi mengecilkan lemak di kawasan berkenaan.



2. TIADA PEMBAHARUAN SENAMAN

Jangan ingat satu jenis senaman sudah cukup untuk menurunkan lemak di perut. Cubalah pelbagaikan senaman agar lemak berjaya disingkirkan dalam tempoh masa yang cepat. Walaupun perut berjaya dikecilkan tetapi jangan abaikan otot di bahagian lain! Ia juga perlu dibentuk agar penampilan lebih menarik.



3. TIDAK BERDISIPLIN

Melakukan senaman sekurang-kurangnya 150 minit sehari adalah keadaan yang amat berbeza dengan olahraga yang dilakukan pada tempoh 30 minit untuk 5 hari. Walau bagaimanapun ia adalah keadaan yang baik kerana dipraktikkan setiap hari. Tetapi, jangan cuba-cuba membuat aturan sendiri kerana ia hanya akan menggagalkan usaha anda untuk mendapatkan bentuk perut yang cantik!



4. BANYAK MAKAN

Tidak bermakna anda telah melakukan senaman secara maksimum maka anda dibenarkan mengambil makanan sesuka hati. Selain aktiviti fizikal, pola makanan turut menyumbang untuk mengecilkan lemak di bahagian perut.


5. DIET TIDAK SIHAT

Elakkan menjalani diet yang tidak sihat sekiranya benar-benar inginkan lemak di bahagian perut lenyap sepenuhnya. Ini kerana, diet yang dilakukan dengan cepat boleh memberikan kesan kurus pada tubuh tetapi mengundang risiko bahaya terhadap kesihatan. Malah, ada ketikanya lemak yang hilang itu mampu kembali semula dalam jumlah lebih besar!











No comments:

Post a Comment