Monday, 27 January 2014

Manfaat Diet Seimbang




Amalan diet seimbang dapat membantu menghindarkan diri daripada tekanan. Tekanan yang keterlaluan boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu perasaan, mengurangkan tumpuan dan memberi kesan kepada semua organ serta fungsi tubuh kita.

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan diet seimbang mampu mengekalkan kesihatan yang baik di samping memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa stabil. Pengambilan diet seimbang juga perlu berdasarkan piramid makanan.





Tekanan boleh menyebabkan kehilangan atau pengurangan nutrien seperti vitamin C dan B kompleks, magnesium serta kalsium.

Vitamin C dan B-Complex Shaklee


Dalam keadaan tertekan, kita cenderung mengalami masalah emosi makan. Ia menyebabkan cara pemakanan yang salah iaitu makan ketika tidak lapar atau mengambil makanan tidak berkhasiat.


Tekanan juga boleh menyebabkan individu itu menikmati makanan melangkau waktu utama terutama sarapan. Mereka berasa lapar yang keterlaluan pada waktu makan tengah hari serta cenderung untuk mengambil makanan tidak berkhasiat.


Tanpa disedari, kita juga berisiko mengambil makanan yang mengandungi banyak lemak, garam dan gula selain snek tidak sihat seperti makanan ringan.

Justeru, diet seimbang sangat diperlukan bagi membekalkan nutrien dan tenaga kepada badan untuk menangani tekanan.



Antara makanan yang dapat membantu mengurangkan tekanan termasuk: 

• Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang kaya dengan vitamin B2 dan E, magnesium serta zink. Vitamin B2 membantu dalam rembesan serotonin, hormon yang memberikan rasa kegembiraan.

Zink antara komponen yang diperlukan dalam melawan tekanan manakala vitamin E membantu menghalang pe-nyakit disebabkan tekanan seperti penyakit jantung.

Zinc Complex dan Vita-E Complex Shaklee


• Sumber ikan terutama ikan laut dalam seperti salmon, mackerel dan sardin. Selain itu, ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan antara sumber makanan yang tinggi dengan omega-3 untuk membantu menstabilkan tekanan (hormon kortisol).

Omega Guard Shaklee

• Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas berkaitan tekanan.

• Labu merah dan jambu batu kaya vitamin C. Keadaan tekanan yang berpanjangan boleh menyebabkan kekura-ngan penyimpanan vitamin C hingga menyebabkan masalah gusi berdarah.

• Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin, beras perang dan oat mengandu-ngi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak).

Bijirin penuh kaya dengan vitamin B dapat membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.

• Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak mengandungi antioksidan seperti vitamin C dan E serta beta karotena membantu mengurangkan kesan radikal bebas.


Sumber vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren manakala sumber vitamin E yang baik termasuk betik, bayam dan buah zaitun.
Makanan yang tinggi dengan beta karotena pula merang-kumi ubi keledek, lobak merah dan labu.

• Aprikot kering kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon tekanan.



No comments:

Post a Comment